Bagi kejayaan transformasi pendidikan, kita perlu mengubah amalan kebiasaan. Orang Asia suka untuk mengekalkan jawapan yang sudah sedia diketahui, orang Barat berusaha mencari jawapan-jawapan yang baharu.
Khamis, 12 September 2013
SEKAPAL SEPELAYARAN
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana hati tergerak untuk mewujudkan blog ini. Keputusan ini dibuat atas kesedaran perlunya mendokumentasi aktiviti Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris di sekolah ini. Dengan itu senanglah untuk kita mendapat maklumat dengan cepat apabila diperlukan terutamanya apabila ada pemantauan. Selain itu kerja kita perlu ada perubahan dari semasa ke semasa selari transformasi yang dibawa oleh PPPM. Jika slogan sekolah ialah SMKKN terbaik, maka kita juga perlu menjadi jabatan yang terbaik.Subjek Bahasa Melayu mungkin antara subjek terbaik di SMKKN tetapi subjek Bahasa Inggeris masih belum mencapai standardisasi tersebut. Lantas itu marilah kita bersama-sama bergerak menuju haluan yang sama dalam pelayaran ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan