Isnin, 13 Januari 2014

AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS 2014 - KURSUS VLE FROG

VLE Frog bermaksud Virtual Learning Environment atau Laman P dP untuk persekitaran maya. Dengan membangunkan laman P dP, pelajar  memperolehi maklumat dan mengikuti pembelajaran di dalam dan di luar kelas. P dP boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
VLE frog dijadikan satu dasar dalam transformasi pendidikan negara. Ia merupakan landasan sebagai sumber untuk pembelajaran kendiri

Oleh itu Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan kursus VLE Frog pada 12.1.2014 iaitu pada hari Ahad jam 10.00 pagi untuk guru petang. Manakala untuk guru pagi pula diadakan pada 13.1.2014  bersamaan hari Isnin pada jam  2.15 petang. Kedua-dua kursus diadakan di makmal komputer sekolah dengan pemudahcara Guru Kanan Bahasa.

Ahli-ahli Panitia yang menghadiri kursus ini ialah Cikgu Fazliani bt Fadzil, Cikgu Faridah bt Abdul Hamid, Cikgu Eliyani bt Abdullah, Cikgu Nurmariatul Akmar bt Muhamad Noor, Cikgu Mohamad Firdaus b Ahmad dan Cikgu Hairul Hafizi b Yaakob. SiSt  Bahasa Inggeris yang kebetulan hadir di sekolah turut menghadiri kursus ini.




Kepada semua cikgu yang menghadiri kursus diharap akan memanfaatkan pengetahuan sebaik mungkin demi meningkatkan pencapaian pelajar dan membawa transformasi  akademik sekolah.