Khamis, 4 September 2014

BENGKEL PENGAJARAN - TEKNIK MEMBINA AYAT MUDAH OLEH PANITIA BAHASA INGGERIS

Pada hari Rabu, 3 9.2014, Panitia Bahasa Inggeris  telah mengadakan  kursus dalaman tentang cara mengajar membina ayat secara mudah dalam bahasa Inggeris kepada guru-guru Bahasa Inggeris tingkatan 5. Hal ini adalah kerana para pelajar didapati kurang mampu membina ayat menyebabkan mereka tidak mampu menjawab karangan respon terbuka seperti mana yang sepatutnya. Teknik ini diharap dapat membantu pelajar membina ayat dalam karangan  200 patah perkataan. Sekurang-kurangnya pelajar akan menulis ayat dalam bahasa Inggeris  apabila menduduki Kertas SPM kelak dan tidak menghantar kertas jawapan yang kosong sahaja. Terima kasih diucapkan kepada cikgu Anuar Abdullah yang berkongsi teknik  ini dengan rakan-rakan guru yang lain. Inilah perkongsian amalan best practices yang sering disebut-sebut. Hanya guru  yang berhadapan  dengan  pelajarnya yang paling tahu teknik terbaik untuk pelajar yang diajarnya. Orang lain hanya boleh memberi pandangan.




Selasa, 19 Ogos 2014

PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR PT3 DI SMKKN

Selari dengan perubahan dalam sistem pentaksiran tingkatan 3 yang berlaku pada tahun ini, maka pelajar-pelajar SMKKN  turut menjalani  pentaksiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..

Pentaksiran mendengar Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2014 manakala pentaksiran mendengar Bahasa Inggeris telah dijalankan pada 13 Ogos 2014. Kedua-dua ujian mendengar ini diljalankan di dewan besar sekolah iaitu di Dewan Perdana. Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai iaitu 350 orang maka 2 sesi ujian dijalankan. Sesi pertama diduduki oleh pelajar 3AG, 3A, 3B,3C, SD DAN 3E. Sesi kedua pula diduduki oleh pelajar dari tingkatan 3fF 3G, 3H, 3I, 3J  dan 3K.

Bagi ujian bertutur Bahasa Melayu pula dijalankan selama 3 hari dan Ujian bertutur bahasa Inggeris pula dijalankan dalam masa 6 hari. Kepada semua pentaksir, tahniah dan terima kasih kerana melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.




                                               Pelajar yang dikuarentin  diawasi oleh guru

BENGKEL BAHASA INGGERIS TAJAAN KEDA

Pada hari  Ahad bersamaan  17 Ogos 2014 , bengkel bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 5 diadakan dari jam  8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Semua kelas tingkatan 5 terlibat kecuali tingkatan 5SS3, 5PS1 dan 5PS2. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah fasilitator Mdm Faridah Abd Hamid, Sir Anuar Abdullah, Sir Mohamad Firdaus dan Mdm Nurul Asyikin bt Mohd Anuar.




Makan minum peserta bengkel ini ditaja oleh pihak KEDA. Terima kasih kepada pihak terlibat yang bermurah hati memberi sumbangan yang besar maknanya kepada pihak sekolah. Semoga usaha kecil ini menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan Percubaan SPM yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Isnin, 11 Ogos 2014

TEMPAT KETIGA CHORAL SPEAKING DAERAH PADANG TERAP


Pada hari ini 11.8.2014 telah berlangsung pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Padang Terap dan SMK Kuala Nerang telah mendapat tempat ke-3. Tahniah kepada pasukan sekolah dan jurulatih pasukan iaitu  Cik Majidah bt Badruttamam dan Pn Noraniza bt Md Yusoff. Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasukan ini mencipta sejarah kerana selama ini SMKKN belum pernah mendapat sebarang tempat dalam pertandingan ini. Latihan berterusan dan gigih telah membuahkan hasil. Semoga pada tahun hadapan mereka akan lebih berusaha dan akan mencapai kejayaan yang lebih baik. Tahniah buat semua.

Khamis, 17 April 2014

WAVES OF ENGLISH DI SMKKN

Pelancaran Waves Of English di negeri Kedah telah dilakukan oleh Menteri besar Kedah, Dato  Seri Haji Mukhriz Mahathir  pada  18 Mac 2014 di Dewan Seri Negeri, Wisma Negeri. Majlis tersebut dihadiri oleh pengetua-pengetua di Negeri Kedah.



SMK Kuala Nerang telah menjalankan beberapa usaha untuk menjayakan Waves Of English di sekolah ini. Antara usaha tersebut ialah menjayakan Bulan Bahasa Inggeris, Sudut Bahasa dan Bilik Bahasa. Guru-guru di bawah Jabatan Bahasa telah bekerjasama mewujudkan Bilik MBMMBI. Bilik ini menjadi bilik contoh yang kondusif untuk pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Guru-guru Bahasa Inggeris tingkatan 1 menggunakan Bilik ini sebagai tempat untuk melaksanakan OPS English.

Pelajar-pelajar membantu guru menghias bilik






                                                          Guru-guru yang komited


                                              Pelajar mengguna bahan dalam bilik MBMMBI

Selain itu, kursus  untuk meningkatkan profesionalisme guru bahasa Inggeris juga telah dilakukan. SIS+ telah dijemput untuk membuat bengkel  teaching basic skill, using web site storynory serta ebook. Bengkel diadakan Selasa jam 12.00 hingga 2.00 petang.


                                             
Papan Kenyataan MBI  turut  diadakan untuk menambah  maklumat kepada pelajar. Papan kenyataan yang dihias cantik ini berjaya menarik perhatian pelajar. Tahniah kepada Pn Nornizal Azna dan Pn Nurul Asyikin serta Pn Faridah yang berusaha keras dalam menjayakan Waves Of English di SMKKN




Khamis, 10 April 2014

ENGLISH LANGUAGE MONTH

On March 2 the equaivalent of Sunday was launched English Language Month by Principal. The launch was held at Dewan Perdana SMKKN.

On the day of the launch, students has shown talent with poetry readings, storytelling and public speaking.
Several events were held during the English Month like quizzes, drawing posters, scrable, word search and so on. The students participated actively.

 Conggratulations to Madam Faridah and members of English Panel.