Ahad, 6 Oktober 2013

BENGKEL BM dan BI TINGKATAN 5

Pada 5.10. 2013 diadakan Bengkel   Menjawab Soalan Bahasa  Melayu dan Bahasa Inggeris. Bengkel Bahasa Melayu bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi. Pelajar-pelajar tingkatan 5 berbengkel di bilik Seminar dan pelajar 5PS1 menjawab soalan dengan bimbingan guru di bilik lain. Kehadiran pelajar secara umumnya sederhana. Mungkin faktor hari hujan menjadi punca kehadiran yang tidak begitu memberangsangkan.

Pada jam 11.00 pagi selepas setengah jam berehat pelajar mengikuti pula bengkel menjawab Bahasa Inggeris. Bengkel menjawab bahasa Inggeris dijalankan di bilik-bilik darjah dengan bimbingan guru-guru bahasa Inggeris seperti Cikgu Faridah Abd Hamid, Cikgu Nornizal Azna, Cikgu Nurul Ashikin, Cikgu Mohd Firdaus dan Cikgu Anuar b Abdullah. Diharap bengkel ini  dapat membantu pelajar mengulangkaji dan memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan.

Kepada semua guru yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah saja yang membalas jasa dan pengorbanan tenaga cikgu-cikgu.