Selasa, 19 Ogos 2014

PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR PT3 DI SMKKN

Selari dengan perubahan dalam sistem pentaksiran tingkatan 3 yang berlaku pada tahun ini, maka pelajar-pelajar SMKKN  turut menjalani  pentaksiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..

Pentaksiran mendengar Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2014 manakala pentaksiran mendengar Bahasa Inggeris telah dijalankan pada 13 Ogos 2014. Kedua-dua ujian mendengar ini diljalankan di dewan besar sekolah iaitu di Dewan Perdana. Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai iaitu 350 orang maka 2 sesi ujian dijalankan. Sesi pertama diduduki oleh pelajar 3AG, 3A, 3B,3C, SD DAN 3E. Sesi kedua pula diduduki oleh pelajar dari tingkatan 3fF 3G, 3H, 3I, 3J  dan 3K.

Bagi ujian bertutur Bahasa Melayu pula dijalankan selama 3 hari dan Ujian bertutur bahasa Inggeris pula dijalankan dalam masa 6 hari. Kepada semua pentaksir, tahniah dan terima kasih kerana melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.




                                               Pelajar yang dikuarentin  diawasi oleh guru

BENGKEL BAHASA INGGERIS TAJAAN KEDA

Pada hari  Ahad bersamaan  17 Ogos 2014 , bengkel bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 5 diadakan dari jam  8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Semua kelas tingkatan 5 terlibat kecuali tingkatan 5SS3, 5PS1 dan 5PS2. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah fasilitator Mdm Faridah Abd Hamid, Sir Anuar Abdullah, Sir Mohamad Firdaus dan Mdm Nurul Asyikin bt Mohd Anuar.




Makan minum peserta bengkel ini ditaja oleh pihak KEDA. Terima kasih kepada pihak terlibat yang bermurah hati memberi sumbangan yang besar maknanya kepada pihak sekolah. Semoga usaha kecil ini menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan Percubaan SPM yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Isnin, 11 Ogos 2014

TEMPAT KETIGA CHORAL SPEAKING DAERAH PADANG TERAP


Pada hari ini 11.8.2014 telah berlangsung pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Padang Terap dan SMK Kuala Nerang telah mendapat tempat ke-3. Tahniah kepada pasukan sekolah dan jurulatih pasukan iaitu  Cik Majidah bt Badruttamam dan Pn Noraniza bt Md Yusoff. Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasukan ini mencipta sejarah kerana selama ini SMKKN belum pernah mendapat sebarang tempat dalam pertandingan ini. Latihan berterusan dan gigih telah membuahkan hasil. Semoga pada tahun hadapan mereka akan lebih berusaha dan akan mencapai kejayaan yang lebih baik. Tahniah buat semua.