Khamis, 12 September 2013

LESSON STUDY

Tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris kerana telah berjaya melaksanakan Lesson study pada 12.9.2013. Lesson study merupakan salah satu aspek dalam PLC. Sebenarnya dalam PLC ada beberapa strategi seperti Sharing session, Peer coaching, learning walk dan video critique.


Apakah tujuan Lesson study?
Sebagai seorang guru kita tentu mempunyai harapan agar kita dapat meningkatkan cara pengajaran kita dari semasa ke semasa. Selain itu kita juga ingin pengetahuan pedagogi kita sentiasa ditingkatkan. Oleh itu, kita perlu tahu aspek mana dalam pengajaran kita yang boleh dibaiki lagi supaya prestasi murid kita dan pemahaman mereka terhadap pengajaran kita dapat ditingkatkan.

Disebabkan faktor di ataslah maka, di Jepun PLC menjadi tradisi dalam kalangan warga pendidik. Kitaran Lesson study adalah seperti berikut;
1. Tentukan matlamat
2. Sediakan RPH
3. Laksanakan P dP
4. Nilai P dP
5. Ubahsuai RPH
6. Laksanakan semula P dP

Kepada Cikgu Mohamad Firdaus diucapkan tahniah kerana berjaya melaksanakan P dP dengan jayanya pada hari tersebut.


Tiada ulasan: