Pada hari Rabu, 3 9.2014, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan kursus dalaman tentang cara mengajar membina ayat secara mudah dalam bahasa Inggeris kepada guru-guru Bahasa Inggeris tingkatan 5. Hal ini adalah kerana para pelajar didapati kurang mampu membina ayat menyebabkan mereka tidak mampu menjawab karangan respon terbuka seperti mana yang sepatutnya. Teknik ini diharap dapat membantu pelajar membina ayat dalam karangan 200 patah perkataan. Sekurang-kurangnya pelajar akan menulis ayat dalam bahasa Inggeris apabila menduduki Kertas SPM kelak dan tidak menghantar kertas jawapan yang kosong sahaja. Terima kasih diucapkan kepada cikgu Anuar Abdullah yang berkongsi teknik ini dengan rakan-rakan guru yang lain. Inilah perkongsian amalan best practices yang sering disebut-sebut. Hanya guru yang berhadapan dengan pelajarnya yang paling tahu teknik terbaik untuk pelajar yang diajarnya. Orang lain hanya boleh memberi pandangan.
Bagi kejayaan transformasi pendidikan, kita perlu mengubah amalan kebiasaan. Orang Asia suka untuk mengekalkan jawapan yang sudah sedia diketahui, orang Barat berusaha mencari jawapan-jawapan yang baharu.
Khamis, 4 September 2014
Selasa, 19 Ogos 2014
PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR PT3 DI SMKKN
Selari dengan perubahan dalam sistem pentaksiran tingkatan 3 yang berlaku pada tahun ini, maka pelajar-pelajar SMKKN turut menjalani pentaksiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
Pentaksiran mendengar Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2014 manakala pentaksiran mendengar Bahasa Inggeris telah dijalankan pada 13 Ogos 2014. Kedua-dua ujian mendengar ini diljalankan di dewan besar sekolah iaitu di Dewan Perdana. Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai iaitu 350 orang maka 2 sesi ujian dijalankan. Sesi pertama diduduki oleh pelajar 3AG, 3A, 3B,3C, SD DAN 3E. Sesi kedua pula diduduki oleh pelajar dari tingkatan 3fF 3G, 3H, 3I, 3J dan 3K.
Bagi ujian bertutur Bahasa Melayu pula dijalankan selama 3 hari dan Ujian bertutur bahasa Inggeris pula dijalankan dalam masa 6 hari. Kepada semua pentaksir, tahniah dan terima kasih kerana melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Pelajar yang dikuarentin diawasi oleh guru

BENGKEL BAHASA INGGERIS TAJAAN KEDA
Pada hari Ahad bersamaan 17 Ogos 2014 , bengkel bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 5 diadakan dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Semua kelas tingkatan 5 terlibat kecuali tingkatan 5SS3, 5PS1 dan 5PS2. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah fasilitator Mdm Faridah Abd Hamid, Sir Anuar Abdullah, Sir Mohamad Firdaus dan Mdm Nurul Asyikin bt Mohd Anuar.
Makan minum peserta bengkel ini ditaja oleh pihak KEDA. Terima kasih kepada pihak terlibat yang bermurah hati memberi sumbangan yang besar maknanya kepada pihak sekolah. Semoga usaha kecil ini menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan Percubaan SPM yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Isnin, 11 Ogos 2014
TEMPAT KETIGA CHORAL SPEAKING DAERAH PADANG TERAP
Pada hari ini 11.8.2014 telah berlangsung pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Padang Terap dan SMK Kuala Nerang telah mendapat tempat ke-3. Tahniah kepada pasukan sekolah dan jurulatih pasukan iaitu Cik Majidah bt Badruttamam dan Pn Noraniza bt Md Yusoff. Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasukan ini mencipta sejarah kerana selama ini SMKKN belum pernah mendapat sebarang tempat dalam pertandingan ini. Latihan berterusan dan gigih telah membuahkan hasil. Semoga pada tahun hadapan mereka akan lebih berusaha dan akan mencapai kejayaan yang lebih baik. Tahniah buat semua.
Khamis, 17 April 2014
WAVES OF ENGLISH DI SMKKN
Pelancaran Waves Of English di negeri Kedah telah dilakukan oleh Menteri besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir pada 18 Mac 2014 di Dewan Seri Negeri, Wisma Negeri. Majlis tersebut dihadiri oleh pengetua-pengetua di Negeri Kedah.
SMK Kuala Nerang telah menjalankan beberapa usaha untuk menjayakan Waves Of English di sekolah ini. Antara usaha tersebut ialah menjayakan Bulan Bahasa Inggeris, Sudut Bahasa dan Bilik Bahasa. Guru-guru di bawah Jabatan Bahasa telah bekerjasama mewujudkan Bilik MBMMBI. Bilik ini menjadi bilik contoh yang kondusif untuk pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Guru-guru Bahasa Inggeris tingkatan 1 menggunakan Bilik ini sebagai tempat untuk melaksanakan OPS English.
Guru-guru yang komited
Pelajar mengguna bahan dalam bilik MBMMBI
Selain itu, kursus untuk meningkatkan profesionalisme guru bahasa Inggeris juga telah dilakukan. SIS+ telah dijemput untuk membuat bengkel teaching basic skill, using web site storynory serta ebook. Bengkel diadakan Selasa jam 12.00 hingga 2.00 petang.
Papan Kenyataan MBI turut diadakan untuk menambah maklumat kepada pelajar. Papan kenyataan yang dihias cantik ini berjaya menarik perhatian pelajar. Tahniah kepada Pn Nornizal Azna dan Pn Nurul Asyikin serta Pn Faridah yang berusaha keras dalam menjayakan Waves Of English di SMKKN

Pelajar-pelajar membantu guru menghias bilik |

Khamis, 10 April 2014
ENGLISH LANGUAGE MONTH
On March 2 the equaivalent of Sunday was launched English Language Month by Principal. The launch was held at Dewan Perdana SMKKN.
On the day of the launch, students has shown talent with poetry readings, storytelling and public speaking.
Several events were held during the English Month like quizzes, drawing posters, scrable, word search and so on. The students participated actively.
Conggratulations to Madam Faridah and members of English Panel.

Rabu, 19 Mac 2014
Isnin, 13 Januari 2014
AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS 2014 - KURSUS VLE FROG
VLE Frog bermaksud Virtual Learning Environment atau Laman P dP untuk persekitaran maya. Dengan membangunkan laman P dP, pelajar memperolehi maklumat dan mengikuti pembelajaran di dalam dan di luar kelas. P dP boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
VLE frog dijadikan satu dasar dalam transformasi pendidikan negara. Ia merupakan landasan sebagai sumber untuk pembelajaran kendiri
Oleh itu Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan kursus VLE Frog pada 12.1.2014 iaitu pada hari Ahad jam 10.00 pagi untuk guru petang. Manakala untuk guru pagi pula diadakan pada 13.1.2014 bersamaan hari Isnin pada jam 2.15 petang. Kedua-dua kursus diadakan di makmal komputer sekolah dengan pemudahcara Guru Kanan Bahasa.
Ahli-ahli Panitia yang menghadiri kursus ini ialah Cikgu Fazliani bt Fadzil, Cikgu Faridah bt Abdul Hamid, Cikgu Eliyani bt Abdullah, Cikgu Nurmariatul Akmar bt Muhamad Noor, Cikgu Mohamad Firdaus b Ahmad dan Cikgu Hairul Hafizi b Yaakob. SiSt Bahasa Inggeris yang kebetulan hadir di sekolah turut menghadiri kursus ini.
Kepada semua cikgu yang menghadiri kursus diharap akan memanfaatkan pengetahuan sebaik mungkin demi meningkatkan pencapaian pelajar dan membawa transformasi akademik sekolah.

Langgan:
Catatan (Atom)